Lebih Murah! Dapatkan ASUS ZenFone 5z Pada Harga RM1,699 Pada 31 Julai 2018

Okay, secara rasminya ASUS ZenFone 5z telah dilancarkan! Sempena pelancaran rasmi, Lazada ada menawarkan jualan eksklusif bagi varian 6GB. Bagi sesiapa yang berminat, boleh beli dengan harga RM1,699 (harga asal RM1,899) pada 31 Julai 2018 di Lazada.

Peranti yang beroperasi di bawah cip pemproses Snapdragon 845 dan memori 6GB RAM ini mempunyai paparan skrin 6.2 inci, sokongan dwi kamera dan teknologi AI menjadi taruhan pada siri ZenFone 5 terbaru ini.

Prestasi siri terbaru ini mempunyai peningkatan yang sangat memuaskan, anda boleh baca juga perbezaan antara peranti yang mempunyai spesifikasi lebih kurang sama di SINI.

 

Unboxing! ASUS ZenFone 5z ↓↓↓

 

 

You might also like