
SUBPLACE dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah melancarkan Kempen Go-eCommerce Onboarding untuk menggalakkan lebih banyak peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk menjalankan perniagaan mereka di atas talian.

Kempen ini adalah untuk memberi bantuan kepada perniagaan yang tertekan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan untuk mengawal penularan pandemik COVID-19 bagi menanggung kos pendigitalan perniagaan PKS. Inisiatif ini juga selari dengan sasaran kerajaan untuk memacu aktiviti perniagaan dalam talian di seluruh negara dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.
Sebagai platform langganan pertama di Asia yang membolehkan pengguna untuk melanggan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, SUBPLACE juga memberi perkhidmatan semua-dalam-satu (all-in-one) yang dapat membantu perniagaan tempatan dan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) membuat perniagaan secara dalam talian, dengan prospek pendapatan berulang dari model langganan.
Dalam platform SUBPLACE, pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk melanggan produk ataupun perkhidmatan, dan mereka boleh mengakses produk atau perkhidmatan ini secara berkala. Model sewa-untuk-milik atau sewa-untuk-guna juga membolehkan pengguna untuk memiliki produk bernilai tinggi dengan kos permulaan yang rendah. Platform baharu ini telah menarik ramai Rakan Biz yang baru selama ini. Lebih dari 100 syarikat telah menyertai SUBPLACE sebagai Rakan Biz sejak November 2020, termasuk jenama terkenal seperti Yakult, Ogawa, Nestle dan sebagainya. Setakat hari ini, seramai 8,000 pengguna telah mendaftarkan diri di SUBPLACE.
Melalui Kempen Go-eCommerce Onboarding, setiap PKS akan ditawarkan:
● 100% pengecualian bayaran pendaftaran yang bernilai RM1,000
● Untuk pakej premium, subsidi sebanyak RM1,500 untuk setiap PKS, ini termasuk latihan
tahunan, sokongan teknikal, serta penyelenggaran bulanan.
● 2% diskaun atas yuran transaksi kepada semua rakan Biz yang sedia ada dan baru
Permohonan Kempen Go-eCommerce Onboarding terbuka kepada semua perniagaan tempatan dan PKS
yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pemilik perniagaan boleh mendaftar
melalui pautan ini dan melampirkan bersama satu salinan pendaftaran SSM dan penyata bank.
Kempen Go-eCommerce Onboarding ini akan bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.
Pengecualian pembayaran pendaftaran akan diberikan secara automatik kepada mereka yang
mendaftar sebelum 31 Disember 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari dengan klik di sini.
.