
[Ura-Ura] : Adakah Ini Reka Bentuk Google Pixel 4?
Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa pewaris baru daripada Google iaitu Google Pixel 4 dijangka hadir dengan keupayaan dwi-kamera di belakang dan hadapan – skrin berlubang untuk kamera swafoto dan dwi kamera utama pula diletakkan pada penjuru kiri atas pada panel belakang.
Berdasarkan maklumat yang bocor, ia juga djangka hadir dengan bingkai yang nipis dan sekata. Tiada ketersediaan sokongan pengimbas cap jari pada panel belakang, ia sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa bakal hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin.
#Pixel4 and #Pixel4XL – Part2
(based on current rumors) pic.twitter.com/74Bl4hhctr— Jonas Daehnert (@PhoneDesigner) March 15, 2019
Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ semata-mata dan kita bakal lihat rupa paras sebenar ketika kemunculannya pada masa akan datang. Kekal bersama eRing untuk info terkini!
[SUMBER]

