HP Pro X2, Komputer 2-Dalam-1 Dengan Stand Terbina-Dalam

1910
- Iklan -

Tidak menunggu semasa pelancaran MWC 2017, HP mengambil pendekatan pantas apabila memperkenalkan komputer riba 2-dalam-1 lebih awal dari pameran MWC 2017. HP Pro X2 yang diperkenalkan menyokong beberapa spesifikasi yang boleh dibanggakan, di antaranya menampilkan paparan skrin berukuran 12 inci LED WUXGA+, pemproses Intel Pentium 4410Y/M3/i5/i7 serta RAM sebesar 8GB LPDDR3 dan memori dalaman sehingga 512GB SSD.

Untuk fungsi multimedia pula, ia tidak ketinggalan disediakan dengan kamera utama 8 Megapixel, serta kamera untuk panggilan video beresolusi 5 Megapixel. Bateri berkapasiti sebesar 41 Wh juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas USB-C.

Bagi melindungi daripada diceroboh, komputer riba ini dilengkapi teknologi pengimbas cap jari. HP Pro X2 yang melepasi ujian tahan lasak mengikut piawaian MIL-STD-810G, turut menawarkan aksesori stylus HP Active.

HP Pro X2 ditawarkan pada harga bermula USD 979 (kira-kira RM 4,355).