Emporio Armani Connected, Fitness Tracker Penjejak Tracker Mewah

4Fashionista-fashionista di luar sana pasti tidak senang duduk apabila mengetahui bahawa Emporio Armani telah pun menghasilkan sebuah jam tangan hibrid yang dikenali sebagai Emporio Armani Connected. Mana tidaknya, dari luaran jam tangan ini memang nampak sungguh elegan, mewah dan klasik, namun ia mempunyai kebolehan fitness tracker bagi membolehkan si pemakai mendabik dada mengatakan jam tangannya juga canggih.

2 3

Emporio Armani sememangnya terkenal dengan pakaian dan aksesori fesyen yang mahal, jam tangan ini juga tidak terkecuali. Hadir dengan tag harga dari USD 245 (RM 1029.29) sehinggalah USD 400 (RM 1680.48), bergantung kepada jenis strap, kami pasti peranti ini bukanlah dihasilkan buat selera peminat teknologi umum, namun hanya menyasarkan kepada golongan yang mementingkan fesyen.

You might also like