Galakkan Pembangunan Produk Menerusi Program Hackathon #GodamSahur, Beri Peluang Pembangun Menzahirkan Produk Inovatif

Bersempena bulan mulia ini, 1 program hackathon bakal dilaksanakan yang mana pembangun, perekabentuk dan lain-lain bertemu bagi membangunkan sesuatu projek dan idea. Justeru bersempena Ramadan tahun ini, program #GodamSahur bakal dianjurkan oleh komuniti ICT tempatan bagi mengalakkan pelbagai produk inovatif.

Mengangkat tema “Membentuk Komuniti Pintar Dan Berinformasi”, para pembangun boleh membangunkan produk mengikut idea dan kreativiti masing-masing mengikut kategori seperti untuk kanak-kanak, warga tua atau berkaitan kejiranan.

Sekiranya anda salah seorang pembangun anda boleh menyertai program #GodamSahur. Anda boleh melaksanakan produk yang anda ingin bangunkan sepanjang bulan Ramadan ini.

You might also like