
OPPO F1 yang berjaya mencatat hasil jualan yang menakjubkan telah memberi dorongan besar kepada pihak OPPO untuk terus menjayakan peranti mereka. Siri ini lebih mengutamakan kemampuan kamera selfie yang tinggi, di mana slogan “Selfie Expert” telah digunakan padanya.
“Apa yang lebih indah daripada kecantikan natural? Nantikan segera #OPPOF1s”
Inilah dia teaser terbaru dari OPPO dalam laman sosial Twitter dan Facebook mereka. Walaupun tiada sebarang maklumat spesifikasi yang didedahkan oleh pihak OPPO, tetapi melalui gambar yang dikongsikan, F1S juga memfokuskan kepada fungsi penggambarannya yang menonjol sepertimana F1 dan F1 Plus.
Kaki selfie di luar sana, apakata kita nantikan perlancaran model F1S pada 2 Ogos nanti?!