
WWDC 2017: Pembaharuan Pada iMac & MacBook
Apple telah mengemas kini barisan iMac mereka dengan membuat perubahan besar pada perkakasan luaran dan dalaman, Apple juga telah mengiktiraf bahawa produk iMac terbaru ini adalah ‘paparan yang terbaik pernah dihasilkan’ dengan paparan 43% lebih terang berbanding model terdahulu iaitu sebanyak 500 nits yang menghasilkan sebanyak 1 billion warna untuk memberikan gambaran yang lebih realistik.
Bahagian dalaman pula menerima pemproses Kaby Lake yang menawarkan kadar frekuensi lebih tinggi bersama memori RAM sehingga 32GB untuk iMac bersaiz 21.5 inci, manakala untuk iMac bersaiz 27 inci pula ia mendapat sokongan RAM sehingga 64GB. Storan dalaman pula hadir sehingga 2TB untuk SSD dan HDD iaitu 50% lebih pantas. Sistem grafik dikuasakan oleh Intel Iris iGPU dapat memberikan prestasi lebih lancar sehingga 80% berbanding versi terdahulu.
Selain itu, untuk aktiviti di pejabat pula, iMac dibekalkan dengan pemproses AMD Radeon Pro 570/575/580 bersama VRAM 8GB untuk saiz iMac 27 inci, manakala untuk saiz iMac 21.5 inci pula, ia dimuatkan dengan AMD Radeon Pro 555 atau 560 bersama VRAM sebanyak 4GB.
Harga Jualan iMac 21.5 inci
- Pemproses 2.3GHz: RM5,099
- Retina 4K pemproses 3.0GHz: RM5,999
- Retina 4K pemproses 3.4GHz: RM6,899
Harga Jualan iMac 27 inci
- Retina 5K pemproses 3.4GHz: RM7,999
- Retina 5K pemproses 3.5GHz: RM8,899
- Retina 5K pemproses 3.8GHz: RM10,099

Selain iMac, MacBook turut menerima naik taraf yang ketara seperti iMac di mana ia mampu melancarkan aplikasi dan membuka fail 50% lebih laju dengan adanya storan SSD dan pemprosesan Turbo Boost sehingga 3.6GHz yang lebih cepat.

Tawaran harga telah dikemaskini seperti yang berikut:
MacBook 12 inci
- 2GHz 256GB: RM5,999
- 3GHz 512GB: RM7,199
MacBook Pro 13 inci
- 3GHz 128GB: RM5,999
- 3GHz 256GB: RM6,899
- Touch Bar & Touch ID 3.1GHz 256GB: RM7,999
- Touch Bar & Touch ID 3.1GHz 512GB: RM8,899
MacBook Pro 15 inci
- 2GHz 256GB: RM8,499
- Touch Bar & Touch ID 2.8GHz 256GB: RM10,799
- Touch Bar & Touch ID 2.9GHz 512GB: RM12,499