WWDC 2017: iOS 11 Khusus Untuk iPad Pro!

Pengenalan sistem operasi terbaru sememangnya menjadi tumpuan utama pada WWDC setiap tahun, selain barisan ciri-ciri baru pada iOS 11, sempena pelancaran iPad Pro terbaru Apple turut menambah ciri baru khusus untuknya selain aplikasi Files. Di antaranya:

Dock

Fungsi ini membolehkan anda melihat aplikasi yang disyorkan oleh Dock mengikut kesesuaian dan minat anda. Ia boleh didapati dari mana-mana skrin, jadi dengan hanya menyelak skrin anda boleh membuka dan menukar aplikasi serta-merta. Cadangan Dock juga berubah mengikut perilaku kerja anda seperti apa yang sering anda buka dan guna di iPhone atau iMac. Ciri ini akan dipaparkan di sebelah kanan Dock di iPad pada iOS 11 nanti.

Multitasking

iOS 11 akan memudahkan pengguna iPad bukan sahaja pada multitasking yang dapat dilihat malah anda boleh membuka aplikasi kedua terus dari Dock dan kedua-dua aplikasi ini akan kekal aktif dalam mod Split Screen. Anda juga boleh ‘drag’ aplikasi kedua ini ke kiri mengikut keselesaan anda. Selain itu, fungsi pada App Switcher ini membolehkan anda kembali kepada aplikasi kesukaan anda pada bila-bila masa.

Drag And Drop

Apa yang terdapat pada ciri Drag And Drop ini, ia membenarkan anda mengalihkan teks, gambar atau fail daripada satu aplikasi ke aplikasi yang lain. Disebabkan ia direka pada paparan yang lebih besar untuk iPad, penggunaan iPad kini tidak lagi sukar seperti dahulu cuma sentuh dan bawa apa sahaja yang anda inginkan.

 

Instant Notes

Apa yang disampaikan di dalam kemas kini iOS 11 baru ini ialah Instant Notes, iaitu fungsi Apple Pencil kini boleh ditulis di atas paparan terpadam atau ‘lock’ dan ia akan disimpan terus ke dalam aplikasi Notes.

 

Scan And Sign

Pengimbas dokumen kini terdapat di dalam aplikasi Notes dengan automatik akan mengimbas dan memotong bucu atau membuang lebihan atau kecacatan pada dokumen, malah terdapat juga ciri ‘Fill in the blanks’ iaitu isi tempat kosong pada borang atau dokumen yang diimbas menggunakan Apple Pencil, kemudian dengan mudah anda boleh menyimpan atau berkongsi bersama kenalan.

Justeru, Apple telah memudahkan para pengguna iPad Pro pada masa akan datang dengan pengenalan ciri-ciri yang berguna dan efektif ini. Jadi anda yang menggunakan iPad Pro di luar sana pasti tidak sabar-sabar bukan?

You might also like