5 Juta Galaxy S7 Untuk Fasa Pertama

samsung-galaxy-s6Pengeluar smartphone terkemuka, Samsung telah merancang untuk menghasilkan sebanyak 5 juta peranti Galaxy S7 yang akan menjadi flagship terbaru mereka. Menurut salah satu sumber, terdapat dua model yang akan dihasilkan dari siri S7 dengan skrin rata 5.2 inci dan skrin melengkung 5.5 inci. Rancangan Samsung adalah untuk mengeluarkan 3.3 juta unit untuk model skrin rata dan 1.6 juta unit skrin melengkung sebagai fasa pertama model S7.

You might also like