Spotify Disaman Ratusan Juta Atas Isu Royalti

spotify_02David Lowery telah memfailkan saman ke atas Spotify dengan mendakwa servis streaming tersebut telah menggunakan karya beliau tanpa izin, beliau dilaporkan telah menuntut USD 150 juta sebagai ganti rugi. Lowery mendakawa Spotify gagal mendapatkan kebenaran dan lesen dalam mengedar dan menggunakan karya kreatif beliau. Lowery juga mendakawa bahawa Spotify memang sengaja melakukan kesalahan tersebut dan mempunyai simpanan jutaan dolar hasil royalti yang tidak dibayar ke artis.

Jonathan Price (Ketua Komunikasi Spotify) dalam pada masa yang sama menegaskan bahawa syarikat itu komited dalam membayar artis dan penulis lagi setimpal dengan usaha yang mereka laburkan, Spotify juga sedang bekerjasama dengan National Music Publishers Association untuk membangunkan satu sistem bayaran yang lebih telus dan jelas.

You might also like