BlackBerry Dijangka Memperkenalkan Vienna Pada MWC

Vienna-Render

BlackBerry Priv telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan kejayaan peranti tersebut masih samar-samar. Ramai pengguna berasa teruja dengan gabungan sistem operasi Android pada peranti BlackBerry, namun harga yang tinggi telah merencatkan sedikit jualan peranti tersebut. Respon yang kurang menggalakkan dari pengguna tidak menghalang BlackBerry dari terus menghasilkan peranti terbaru, menurut beberapa berita BlackBerry bakal memperkenalkan model terbaru yang dikenali sebagai Vienna pada majlis MWC tidak lama lagi.

Vienna bakal menjadi model kedua BlackBerry yang menggunakan sistem operasi Android dan mengekalkan papan kekunci QWERTY yang sangat sinonim dengan BlackBerry. Namun kali ini ia sedikit berbeza dari Priv kerana ianya bukan papan kekunci luncur. Papan kekunci tersebut dibina di bahagian bawah skrin 5 inci 1080p. Menurut desas deus juga peranti ini akan hadir dengan 3 GB RAM dan kamera 18 megapiksel.

 

You might also like