Pakar Bedah Berlatih Dengan Google Cardboard Sebelum Menyelamatkan Nyawa Kanak-Kanak

Sepasang suami isteri pastinya melihat teknologi VR sedikit berbeza dari orang lain, ini kerana teknologi tersebut telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menyelamatkan nyawa anak kesayangan mereka. Teegan Lexcen adalah seorang kanak-kanak yang sedang sakit tenat akibat struktur jantungnya yang aneh dan situasi ini adalah sesuatu yang jarang dilihat, menyebabkan ramai pakar perubatan menolak untuk melakukan rawatan atas Teegan kerana bimbang risiko yang sangat tinggi.

Keajaiban berlaku apabila pasangan suami isteri ini bertemu dengan Dr. Burke, seorang pakar jantung yang juga mempunyai minat mendalam terhadap teknologi. Dr. Burke bersama kumpulan perubatannya telah menggunakan imbasan MRI dan menukar imej tersebut menjadi model 3D, selepas itu Dr. Burke mula menganalisis struktur jantung kanak-kanak tersebut menggunkan smartphone dan Google Cardboard. Menurut beliau teknologi VR membolehkan beliau mempelajari, berlatih dan memanipulasi struktur jantung seolah-olah beliau sedang betul-betul melakukan pembedahan.

heartvrheader-590x330

You might also like