Shopee Buka Pra-Tempah ASUS ROG Phone Bermula 16 Oktober Sempena ‘ASUS Super Brand Day’

Teka-teki mengenai harga peranti gaming keluaran ASUS, ROG Phone bakal terjawab apabila ASUS Malaysia telah mengumumkan ketersediaan pra-tempah telefon pintar ini untuk pasaran tempatan.

Bersempena dengan kempen ‘ASUS Super Brand Day’ yang akan bermula 16 Oktober 2018, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk produk keluaran ASUS. Lebih menariknya, pra-tempah ASUS ROG Phone di Shopee dengan bayaran deposit sebanyak RM999 juga akan turut dibuka.

Malah setiap pra-tempah yang dibuat, pengguna akan turut berpeluang untuk menerima hadiah misteri berdasarkan cabutan bertuah. Menurut khabar angin yang diterima, ASUS ROG Phone berkemungkinan besar akan dijual pada harga RM3,499 untuk varian 128GB, manakala varian 512GB pula dijangka berharga RM3,999.

Bagi yang berminat untuk memiliki ASUS ROG Phone yang akan dilancarkan pada 22 Oktober nanti, jangan ketinggalan untuk membuat pra-tempah esok secara eksklusif di Shopee.

You might also like