Katy Perry & NCT Dream Tampil Sebagai Bintang Utama Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Lazada

Lazada, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan senarai bintang-bintang yang bakal membarisi Lazada Super Party, konsert maya yang bakal disiarkan secara langsung ke enam negara pada 26 Mac ini bagi memulakan sambutan ulang tahunnya yang ke sembilan. 

Penyanyi dan penulis lirik global yang telah memenangi pelbagai anugerah, Katy Perry dan kumpulan remaja nombor satu Korea, NCT Dream bakal tampil sebagai bintang utama konsert Lazada Super Party tahun ini. Konsert yang padat dengan aktiviti Membeli-belah Sambil Berhibur itu turut menampilkan bintang-bintang popular tempatan seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan banyak lagi. Para pengguna bakal dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik lagi mengujakan sambil mereka menanti detik bermulanya acara Lazada Surprise Birthday Sale atau Jualan Mengejut Ulang Tahun Lazada yang akan berlangsung pada tengah malam 27 Mac.

Para pengguna di seluruh Malaysia boleh mengikuti konsert eksklusif Super Party melalui saluran penstriman secara langsung di dalam aplikasi LazLive milik Lazada, serta di rangkaian penyiaran tempatan Astro Ria, TV3 dan platform media sosial.Konsert yang bertemakan ‘Everyday Heroes’ ini bukan sahaja diadakan bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus di sepanjang tempoh pandemik COVID-19, tetapi turut mengetengahkan pengorbanan individu di dalam masyarakat kita yang telah banyak menyentuh kehidupan orang ramai di sekeliling mereka.

Para pengguna boleh mendengar lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh Katy Perry, NCT Dream dan artis-artis popular Asia Tenggara yang lain semasa konsert Lazada Super Party nanti dengan melihat senarai lagu Lazada 9th Birthday Super Party di dalam Spotify. 

Konsert tersebut turut menampilkan segmen Membeli-belah Sambil Berhibur Lazada yang terkenal seperti Hujan Baucar yang menawarkan baucar sehingga RM100,000 untuk direbut, serta hadiah-hadiah eksklusif sebagai permulaan kepada Lazada Surprise Birthday Sale yang boleh digunakan pada 27 Mac nanti.

Mulai 20 Mac, selain daripada memenuhkan troli anda dengan tawaran-tawaran istimewa dan membuat pembayaran dengan promosi penghantaran percuma, para pengguna Lazada juga akan disajikan dengan permainan Happy Cake baru di dalam LazGames. Para pengguna boleh mendapatkan mata dengan hanya membuka kotak hadiah, menyempurnakan tugasan harian, dan menyusun kek sembilan tingkat bagi memenangi ganjaran seperti baucar platform. Selain daripada itu, para pembeli juga boleh menebus ganjaran membeli-belah tambahan menerusi Lazada Bonus, elaun membeli-belah istimewa yang boleh digunakan ke atas produk yang mengambil bahagian dengan mempamerkan lencana Lazada Bonus di seluruh platform tersebut dan ianya boleh digabungkan dengan promosi-promosi yang lain.

Nikmati hadiah percuma Ulang Tahun Lazada bernilai RM80,000 menerusi pertandingan “Vote for Birthday Surprise” dari 20 hingga 27 Mac. Hadiah untuk direbut termasuklah Sony PlayStation 5, kelengkapan rumah dan produk kecantikan daripada jenama yang mengambil bahagian seperti Casio, Clinique, Ecovacs, Ice Watch, Kitchenaid, Lancome, Nespresso, Ogawa, Origins, Samsung, dan banyak lagi! Senarai pemenang akan diumumkan pada 27 Mac.

Sebagai sebahagian daripada acara sambutan pada bulan ini, Lazada turut meraikan enam peniaga wanita cemerlang dalam majlis Lazada Forward Women Awards yang julung-julung kali diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac. Wanita-wanita berkenaan yang telah berjaya merintis dunia e-Dagang, masing-masing mempamerkan sifat daya tahan dan inovasi di dalam perjalanan mereka sebagai usahawan, dan kami mengiktiraf semua pencapaian mereka seperti melancarkan perniagaan yang dibangunkan atas usaha mereka sendiri dan menyumbang kepada pendapatan keluarga, meningkatkan taraf hidup serta membuka hala tuju baru untuk komuniti tempatan, atau mengejar perkembangan peribadi menerusi inovasi dan perusahaan. 

You might also like