Memang Terbaik! vivo S1 Sokong Kamera Selfie 32MP

Sejak dua menjak ini, pendatang baru vivo iaitu vivo S1 sering kali menjadi satu topik utama dalam kalangan netizen di media sosial. Terbaru, vivo S1 dikatakan bakal dilengkapi dengan kamera selfie sebesar 32MP.

Dalam satu kenyataan hari ini, vivo mendedahkan vivo S1 bakal membawakan kamera hadapan sebesar 32MP bersama rekaan skrin takuk kecil sebesar titisan air. Kamera ini disertakan dengan teknologi AI dan AR Sticker.

Tambah vivo lagi, peranti ini juga dilengkapi ketersediaan tiga kamera utama dan fungsi pengimbas cap jari terbina pada paparan. Tiada maklumat lanjut yang dikongsi dan vivo masih berteka-teki mengenai ketersediaan peranti ini.

Sama-sama kita tunggu dan pastinya vivo mempunyai kejutan tersendiri buat peminat setianya. Untuk maklumat lanjut, layari vivo Malaysia dan kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut.

You might also like