Neffos X20 & X20 Pro Kini Di Malaysia – Ditawarkan Pada Harga Bermula RM449!

1728

Neffos kini muncul dengan ahli baru untuk pasaran tempatan – Neffos X20 & X20 Pro. Dengan slogan See the Beauty, kedua-dua peranti hadir dengan ciri-ciri imersif yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman pengguna.

 

Neffos X20

Neffos X20 dibina dengan paparan bersaiz 6.26” LCD dengan resolusi HD+. Dalaman peranti dijana oleh cip pemproses MediaTek Helio A22 dengan gabungan memori sebesar 2GB dan storan 32GB (boleh dikembangkan 128GB). Untuk persediaan kamera, ia disertakan dengan kamera utama 13MP + 5MP bersama kamera swafoto sebesar 8MP. Melengkapinya juga adalah bateri dengan kapasiti 4,100 mAh.

Neffos X20 Pro

Neffos X20 Pro juga membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan Neffos X20 – paparan bersaiz 6.26” LCD HD+, kamera utama 13MP + 5MP dan bateri sebesar 4,100 mAh. Apa yang membezakan adalah ia disertakan memori sebesar 3GB RAM + 64GB ROM (boleh dikembangkan 128GB) dan kamera hadapan pula adalah 13MP.

★ Beli di Shopee: https://bit.ly/ShopeeNeffos

Bagi yang berminat, kedua-dua peranti ini ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM449 untuk Neffos X20 dan RM599 pula untuk Neffos X20 Pro. Sesi pra tempahan telah dibuka sekarang dan maklumat lanjut, boleh layari Neffos Malaysia.