Carousell Raikan Ulang Tahun Ke-7 Dengan Pencapaian & Identiti Visual Baharu

Carousell meraikan ulang tahun ketujuh dengan pelancaran identiti visual yang baharu bersama pencapaian terbaik – mencapai penyenaraiqan 250 juta serta empat kali ganda pertumbuhan pendapatan pada tahun 2018.

Penjanaan semula identiti visual ini menandaan perkembangan dan pertubuhan jenama serta menjuruskan perhatian kepada tujuan utama Carousell yang membolehkan kemungkinan perkongsian dalam kalangan pengguna pasaran dalam talian.

Sepanjang tahun, Carousell telah memanfaatkan peluang dan keuntungan bersama dalam memperkasakan pengguna dalam meraikan banyak kisah kejayaan pengguna yang berjaya mengubah minat mereka menjadi mata pencarian.

Selain itu, Carousell juga mengumumkan pendapatan empat kali ganda pada tahun 2018. Lonjakan pertumbuhan yang kukuh ini merupakan bukti kepada strategi perniagaan diusahakan Carousell serta penagasan bahawa jenama ini kini menuju ke arah yang betul.

Perlaksanaan aliran kewangan sebelum ini pada pertengahan 2017 menyaksikan Carousell memfokuskan untuk membina platform terbaik – meningkatkan ciri-ciri produk serta menambah baik pengalaman pengguna di rantau ini.

You might also like