Persona 5 Royal Bakal Menemui Pasaran Global Pada 2020?

Bagi peminat siri permainan Persona 5 Royal ada berita yang sedikit mengecewakan apabila permainan ini bakal menemui peminat global pada tahun 2020. Buat masa ini permainan ini hanya akan dikeluarkan di Jepun pada Oktober ini.

Namun dalam 1 video yang terdedah bersempena Gamescom, ia memperlihatkan tarikh pengeluaran diumumkan pada suku kedua 2020 iaitu ketika musim bunga. Namun masih tiada tarikh tetap bagi pengeluaran ini.

Bagi yang tidak mengetahui, Persona 5 Royal adalah siri baharu Persona 5 yang dihadirkan dengan penambahan kandungan khususnya watak seperti Kasumi Yoshizawa. Permainan ini akan tersedia secara eksklusif bagi Playstation 4.

Jadi sama-sama kita nantikan perkembangannya!!

___________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like