Bubble Bobble 4 Friends Bakal Tersedia Di Konsol Switch Pada Bulan November Kelak

Publisher ININ Games dan Taito kini mengumumkan permainan Bubble Bobble 4 Friends – di mana disahkan tersedia pada konsol swith pada 19 November 2019 untuk pasaran Eropah. Bagi pasaran global pula, permainan ini bakal dilancarkan sekitar suku pertama tahun 2020.

Siri Bubble Booble adalah permainan retro yang direka oleh Fukio Mitsuji dan cukup terkenal sejak 1986. Untuk versi terkini, ia dilihat menyertakan sejumlah mod baharu dengan visual lebih menarik dengan lebih banyak kandungan untuk pemain. Bagi yang berminat, jangan terlepas dapatkannya okay!

[SUMBER]

You might also like