YotaPhone 3 Akan Datang?!

Masih ingat YotaPhone, syarikat dari Russia ini? Kini peranti terbaru YotaPhone 3 telah dirasmikan kepada umum, peranti ini mendapat konfigurasi varian 64GB pada harga USD850 (kira-kira RM1,458), dan varian 128GB pada harga USD450 (kira-kira RM1,926).

Walau bagaimanapun, peranti ini akan dijual di China terlebih dahulu pada bulan September depan termasuk Russia. Pada masa yang sama, kempen pra-tempah juga sedang diadakan di Russia, namun YotaPhone masih lagi belum memberitahu negara yang bakal menerimanya kelak.

You might also like