Sony Mobile Communications Anjur Kelas Fotografi Eksklusif Bersama Kid Chan

pic 2Pemilik siri Sony Xperia Z5 yang telah mendaftar di Xperia Lounge, baru-baru ini telah berpeluang mengikuti kelas fotografi eksklusif yang dianjurkan oleh Sony Mobile Communications.

Peluang sekali seumur hidup ini memperlihatkan perkongsian pengalaman peribadi Kid Chan sepanjang menggunakan Xperia Z5 Premium Dual melalui sesi bengkel yang mengambil masa selama dua jam. Selain menerangkan cara untuk mengoptimumkan penggunaan fungsi kamera menggunakan siri Sony Xperia Z5, Kid Chan juga turut mendedahkan kepada peserta yang hadir tentang tip penggambaran mudah alih daripada pakar dalam dunia fotografi.

Sekiranya anda peminat tegar Sony Xperia, jangan lupa daftar diri di Xperia Lounge untuk penawaran eksklusif dari Sony. Jangan terlambat lagi!

 

You might also like