Mobile Legends Southeast Asia Cup Kini Kembali!!!

Bagi peminat-peminat Mobile Legend, ada sesuatu yang menarik apabila Moonton telah mengumumkan bahawa Mobile Legends Southeast Asia Cup akan kembali tahun ini.

Menariknya, ia bakal dilaksanakan secara dalam talian pada 7 hingga 13 Jun 2021.

Sebanyak 12 pasukan dari 8 negara termasuklah Malaysia, Singapura, Filipnan, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Laos.

Pertandingan ini akan menyaksikan kesemua pasukan akan merebut hadiah terkumpul bernilai $150 ribu (kira-kira RM614 ribu).

Jangan bimbang, buat peminat, pelbagai aktiviti secara maya akan dijalankan dan anda berpeluang untuk mendapat pelbagai hadiah termasuklah kostum.

You might also like