Hasil Gambar Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Dikongsi – Keupayaan Zoom Dengan ‘Kuasa’ Luar Biasa

DUNIA smartphone kini dikejutkan dengan pendedahan berita mengenai Xiaomi Mi CC9 Pro. Keunggulan kamera peranti ini nampaknya terus menerus menjadi bualan hangat ramai – dibekalkan dengan kamera utama dengan lensa utama 108MP dan keupayaan lensa telephoto dengan keupayaan zoom optikal 5x. Di samping itu, konfigurasi kamera ini turut dipadankan dengan lensa ultralebar dan makro bersama sokongan dua LED flash.

Untuk kali ini, Xiaomi dilihat lebih menumpukan pada keupayaan zoom dan beberapa keping hasil gambar mula dikongsi. Jika diteliti, kualiti setiap imej terhasil kelihatan begitu unggul dengan butiran yang tajam tanpa cela. Selain itu, ia juga dilihat berupaya mencantumkan setiap butiran pada gambar dengan teliti dan keupayaan zoom berada pada tahap terbaik. Kamera utama 108MP juga dilihat berjaya memaparkan imej yang jelas dengan persembahan menarik.

Xiaomi Mi CC9 Pro dijadualkan diperkenal secara rasmi pada 5 November 2019. Seiring pengenalan ini, Xiaomi juga dijangka muncul dengan Mi smartwatch – didakwa ia membawakan teknologi lebih canggih berbanding Mi Band 4. Teruja? Sama-sama kita tunggu.

[SUMBER 1, SUMBER 2, SUMBER 3]

You might also like