Turun Harga Lagi! OPPO F11 Pro Kini Berharga RM999!

Siapa yang masih tunggu-tunggu lagi OPPO F11 Pro?! Haaa… ini mesti peluang terbaik untuk memiliki satu!

OPPO secara rasminya telah mengemaskini harga jualan F11 Pro dari RM1,199 ke RM999, mulai sekarang di seluruh negara.

Anda boleh dapatkan melalui kedai OPPO Concept, pengedar sah OPPO, OPPO Store dan rakan kongsi e-dagang Lazada dan Shopee.

OPPO F11 Pro merupakan peranti berskrin 6.53 inci LTPS LCD yang melengkapkan Helio P70, 6GB RAM dan 64GB ROM, bahagian bateri berkapasiti 4,000mAh bersama sokongan VOOC 3.0. Kameranya juga berkualiti di mana hadir dengan dwi-kamera 48MP + 5MP dan 16MP kamera swafoto yang menggunakan rekaan pop–up.

OPPO F11 Pro VS F11, Apa Yang Membezakannya? Jom Kita Lihat!!!!

 

 

You might also like