
Imej Penggoda Black Shark 2 Pro Kini Diperlihatkan Di Media Sosial
Sedia maklum, xiaomi dijangka memperkenalkan satu lagi ahli baru iaitu Black Shark 2 Pro pada 30 Julai 2019. Memetik maklumat tersebar, peranti tersebut bakal dibekalkan dengan cipset terbaru, Snapdragon 855+.
[BACA : Black Shark 2 Pro Sokong Snapdragon 855 Plus – Diperkenal Secara Rasmi Pada 30 Julai 2019! ]
Menambah keriangan ramai, imej penggoda peranti tersebut telah diperlihatkan menerusi laman Weibo – mendedahkan bayangan rekaan panel belakang. Memetik imej dikongsi, ia memaparkan pencahayaan LED pada belakang peranti dan dilihat rekaan kelihatan seakan-akan sama dengan generasi sebelum ini.

Walau bagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi utama masih belum banyak dikongsi buat masa ini. Xiaomi pasti mempunyai kejutan tersendiri buat peminat setia. Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

