
HONOR MagicBook 2019 Turut Diperkenal – Dijual Pada Harga RM2992
Ini juga merupakan salah satu komputer riba yang telah dirasmikan sebentar tadi. HONOR MagicBook 2019 yang mana ia mula dijual pada harga RMB4999(kira-kira RM2992).
Pastinya komputer riba ini mempamerkan prestasi yang sangat baik. Komputer riba ini tampil dengan skrin bersaiz 14.

Peranti ini hadir dengan Intel Core i5 generasi ke-8 dan disertakan dengan NVIDIA GeForce MX250.
Baterinya juga dikhabarkan mampu bertahan lama iaitu sehingga 15 jam iaitu 57.4WH.

Menariknya lagi, komputer riba ini menyokong fungsi penghantaran 2.0 Magic-link, anda boleh merakam skrin, memindahkan fail, memindahkan foto, memotong, dan sebagainya.

Sistem penyejukkan juga adalah sangat baik apabila ia dihadirkan dengan teknologi penyejukkan volum udara yang besar di bahagian bawah komputer.
harganya sangat menarik. Bagi MagicBook 2019, ia bakal dijual pada harga RMB4999(kira-kira RM2992).

