PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG 2020 Kini Kembali Bagi Musim Kedua!!

Kejohanan PUBG MOBILE Pro League (PMPL) MY/SG 2020 bakal kembali untuk musim kedua mulai 9 Ogos hingga 27 September 2020. Sama seperti musim sebelumnya, PMPL MY/SG Season 2 menyasarkan untuk mencari pemain-pemain PUBG MOBILE terbaik dari Malaysia dan Singapura. Pada musim ini, para pemain akan berentap bagi merebut kejuaraan serta hadiah terkumpul AS$ 150,000.


PMPL Season 1 2020 sebelum ini telah dibahagikan kepada dua musim iaitu Spring serta Fall, dan menampilkan beberapa liga yang berlangsung di empat rantau di seluruh dunia (Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika dan Asia Timur). Para pemenang dari setiap rantau berkenaan layak untuk menempah tempat di dalam divisyen Timur atau Barat PUBG MOBILE World League (PMWL), sebelum mara ke kemuncak PUBG MOBILE World Championship 2020 yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini.

Untuk PMPL MY/SG Season 2, tiga kumpulan terbaik akan mara untuk bertanding dalam perlawanan Akhir PMPL SEA Season 2. Dari sana, mereka berpeluang untuk mewakili rantau Asia Tenggara dan berentap dengan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia dalam World League

Sejumlah 24 pasukan bakal bertanding dalam PMPL MY/SG Season 2:

  1. 4 pasukan terbaik daripada Pusingan Kelayakan Singapura PMPL MY/SG Season 2
  2. 15 pasukan jemputan daripada PMPL MY/SG Season 1
  3. 5 pasukan yang layak daripada PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC) 2020

Pasukan profesional PUBG MOBILE terbesar Malaysia Yoodo GANK dan Team Secret yang mewakili Malaysia dalam PMWL Season Zero: East, akan membuat kemunculan sebagai salah satu daripada 15 pasukan jemputan dalam PMPL MY/SG Season 2.

You might also like