Salam Browser, Pelayar Web Menghormati Tuntutan Islam

1Sebuah syarikat dari Malaysia, SBRO Online Safety Solutions (SBRO) telah membangunkan sebuah pelayar web yang boleh menapis kandungan yang tidak menepati syarak. Salam Browser dibangunkan daripada projek pelayar web sumber terbuka Chromium, jadi jika dilihat daripada antaramuka pelayar web ini, tiada perbezaan di antara paparan antaramuka Google Chrome.

Istimewanya Salam Browser terletak pada Komuniti Salamnya. Ia membantu anda untuk melindungi komuniti Salam daripada kandungan yang tidak sihat dengan hanya sekali klik sahaja. Hantarkan maklumat untuk menyenarai hitamkan laman web bermudarat dan kongsi manfaatnya bersama pengguna-pengguna lain Salam.

1_meitu_31Selain itu, terdapat juga fungsi VPN percuma yang membantu menyembungikan geolokasi pengguna untuk mengelakkan daripada dikesan atau maklumat peribadi daripada diceroboh. Buat masa ini, Salam Browser masih lagi dalam fasa beta dan pembangunnya memberitahu bahawa mereka akan sentiasa memperkenalkan ciri baru pada pelayar itu setiap dua minggu.

Ingin menjadi salah seorang pengguna Komuniti Salam? Muat turun pelayar web Salam Browser hari ini.

You might also like