Huawei MediaPad M2 10.0 Kini Di Vmall.my

vmall.myTanpa sebarang pelancaran, akhirnya tablet terbaru keluaran Huawei iaitu MediaPad M2 10.0 kini boleh didapati di VMall. Hadir dengan dua pilihan memori sama ada berkapasiti 16GB ROM + 2GB RAM mahupun 64GB ROM + 3GB RAM, MediaPad M2 10.0 juga meyediakan dua versi berbeza iaitu 4G LTE dan juga WiFi.

Bagi pembaca eRing yang belum tahu mengenai kewujudan tablet ini, ia dikuasakan oleh cipset HiSilicon Kirin 930 dengan pemproses Octa Core berkelajuan 1.5GHz. Menampilkan paparan skrin berukuran 10 inci beresolusi 1920×1200 piksel, MediaPad M2 10.0 turut menawarkan lensa utama 13 Megapiksel auto fokus dan LED flash, manakala kamera hadapan pula beresolusi 5 Megapiksel. Sokongan kapasiti bateri Li-Ion sebesar 6600mAh membolehkan anda menonton video selama 11.3 jam.

  • 16GB ROM + 2GB RAM (WiFi): RM 1,299
  • 16GB ROM + 2GB RAM (LTE + WiFi): RM 1,599
  • 64GB ROM + 3GB RAM (WiFi): RM 1,699
  • 64GB ROM + 3GB RAM (LTE + WiFi): RM 1,999

2_meitu_21

You might also like