
Akan Datang! Kemas Kini Android Oreo & EMUI 8 Pada Huawei P9/P9 Plus
Setelah dua tahun Huawei P9 & P9 Plus dilancarkan, tidak sangka kemas kini sepertimana yang dijanjikan sebelum itu oleh Huawei agak memakan masa untuk sampai ke tangan pengguna.
Baru-baru ini, Pengurus Produk Huawei telah mengesahkan ketibaan kemas kini Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0 pada P9 dan P9 Plus. Menurutnya, kemas kini ini mungkin akan menjadi kemas kini versi Android yang terakhir bagi model tersebut.
Walaupun tidak banyak maklumat rasmi yang boleh diketahui, tetapi yang pasti ciri-ciri seperti notifikasi, smart text selection, picture-in-picture mode dan banyak lagi akan ada pada kemas kini kali ini.
Reviu Eksklusif: Huawei P9, Dwi Kamera Hasil Kejuruteraan Bersama Leica