Siri HUAWEI nova 6 Kini Rasmi!! – Dijual Pada Harga Bermula Kira-Kira RM1302!!!

HUAWEI tidak menoleh kebelakang dan meneruskan langkah cemerlangnya apabila mereka telah merasmikan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai siri HUAWEI nova 6.

 

nova 6 / nova 6 5G

HUAWEI nova 6 dan nova 6 5G ini tampil dengan skrin 6.57″ FHD+ yang pastinya memberikan tontonan terbaik kepada pengguna.

Jika dilihat dari aspek dalaman pula, ia dikuasakan oleh HiSilicon Kirin 990 (7 nm). Bagi versi 5G, ia turut disertakan dengan Balong 5000 . Ia turut dipadankan dengan aspek memori 8GB RAM + 128GB / 256GB Storan.

Melengkapkan keupayaan yang menakjubkan ini adalah kameranya, ia disertakan dengan kamera utama 40MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) + 8MP (f/2.4) dan kamera hadapan 32MP + 8MP yang memberikan hasil gambar yang sangat mempersonakan.

Bateri HUAWEI nova 6 juga boleh tahan apabila ia dihadirkan dengan 4100mAh (4G) dan 4200mAh (5G) dan dipadankan dengan pengecasan pantas 40W.

 

HUAWEI nova 6 SE

Dalam pada itu, HUAWEI turut memperkenalkan HUAWEI nova 6 SE yang boleh tahan juga tau. Tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.4″ Skrin Penuh memberikan tontonan terbaik kepada pengguna.

Peranti ini dikuasakan oleh Kirin 810 pastinya sangat berkuasa bagi kelasnya. Dipadankan dengan aspek memori 8GB + 128GB pastinya memberikan prestasi yang memukau kepada pengguna.

Jika dilihat dari aspek kamera pula, ia tidak mengecawakan apabila ia dihadirkan dengan Kamera Utama iaitu 48MP + 2MP + 2MP + 8MP. Bagi kamera hadapan pula, ia disertakan dengan lensa 16MP.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4200mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 40W.

Berikut adalah harga jualan bagi siri ini:
HUAWEI nova 6
  • 8GB + 128GB: RMB 3199 (kira-kira RM1,894)
  • Warna: Hitam / Biru / Provence
HUAWEI nova 6 5G
  • 8GB + 128GB: RMB3799 (kira-kira RM2,250)
  • 8GB + 256GB: RMB4199 (kira-kira RM2,487)
  • Warna: Hitam / Biru / Provence / Red
HUAWEI nova 6 SE
  • 8GB + 128GB: RMB2199 (kira-kira RM1,302)
  • Warna: Hitam / Hijau / Sakura Snow

 

 

You might also like