
Skrin Fleksibel Samsung Galaxy X Mungkin Gunakan Teknologi Serupa 3D Touch
Samsung kini dilihat semakin hampir untuk merealisasikan hasrat mereka menghasilkan peranti dengan skrin boleh lentur. Terbaru, tersebar di arena sesawang menunjukkan Samsung telah mempatenkan beberapa teknologi salah satunya ialah berkenaan fungsi sentuhan pada skrin.

Samsung ingin meletakkan teknologi tekanan sentuhan pada skrin boleh lipat mereka mirip seperti Apple 3D Touch dan Huawei Force Touch. Implementasi tekanan sentuhan sebenarnya sudah dilakukan pada butang Home di Samsung Galaxy S8 dan S8+ tahun lalu. Jadi untuk kali ini, kemungkinan tekanan sentuhan akan dilakukan pada setiap sudut skrin Galaxy X.
Jika benar Samsung ingin menghasilkan Galaxy X pada tahun ini, adakah anda akan berasa teruja?

