
Apple Dan Foxconn Bersaing Untuk Mendapatkan Toshiba Cip?
Apple adalah pelanggan utama Foxconn (Taiwan) kerana kebanyakan produk Apple dipasang di sana tetapi kedua-dua syarikat ini cuba untuk memiliki Toshiba dalam pembuatan cip canggih. Mereka nampaknya ingin bersaing untuk mengukuhkan lagi aset mereka lantas meningkatkan lagi pasaran saham. Sebaliknya syarikat Jepun ini memandang berat kerana tidak mahu teknologi mereka dikongsi oleh bangsa lain, justeru Toshiba mengemukakan pelan baru untuk meredakan kebimbangan ini.
Difahamkan Foxconn menawarkan sejumlah 18 billion USD untuk membeli sebahagian saham Toshiba manakala Apple pula hanya mahu 20 peratus daripada keseluruhan saham tersebut, ini akan membantu Apple mengembangkan lagi pasaran cip mereka di Amerika Syarikat. Sebelum ini, ada syarikat lain yang menyertai proses pembidaan ini termasuk Broadcom, Silver Lake Partner LP, Western Digital, Foxconn termasuk syarikat dari Korea Selatan SK Hynix, mereka telah disenarai pendek termasuk Apple, Google, Amazon dan lain-lain.
Apa pun keputusan yang dilakukan, kita sebagai pengguna berharap cip yang dihasilkan berkualiti dan bermutu tinggi.