Acer Melancarkan Siri Chromebook, Khusus Untuk Pendidikan Dan Perniagaan

(Dari Kiri) Eddy Tee, Lead – Enterprise & SMB, Acer Malaysia; Chan Weng Hong, General Manager of Products, Sales and Marketing, Acer Malaysia; Andy Tan, Commercial Product Manager, Acer Malaysia

Acer sebuah syarikat yang terkemuka dunia melancarkan siri Chromebooks khusus untuk pendidikan dan perniagaan. Komputer riba yang diperkenalkan terdiri daripada model Acer Chromebook R 11 738T, Chromebook Work 14 CP5-471 dan Chromebook 11 N7 C731 masing-masing pada harga RM999, RM1,499 dan RM2,299. Anda boleh dapatkan peranti ini di kedai yang terpilih berhampiran.

 

Acer Chromebook R 11 738T

Acer Chromebook R11 738T dilengkapi dengan paparan 11.6 inci boleh sentuh dan dilipat 360 darjah dalam mod laptop, pad, paparan dan juga khemah. Menggunakan RAM 4GB DDR3L disokong CPU Intel Celeron empat-teras, hadir dengan dual-band versi 802.11ac Mimo menjadikan sambungan Internet yang laju dan lancar.

Ia tersedia dengan port USB 3.0, port USB 2.0, port HDMI serta pembaca kad microSD. Ketahanan bateri mencapai 10 jam penggunaan tanpa henti dengan sekali pengecasan. Chromebook ini menyokong Google Play yang mampu memuat turun pelbagai aplikasi dari 2 juta aplikasi.

 

Acer Chromebook 11 N7 C731

Selain itu, model Acer Chromebook 11 N7 C731 pula ditambahbaik dari segi ketahanan gred tentera MIL-STD 810G, ia mampu menahan hentakan sekiranya terjatuh dari paras dada. Tambahan lagi, ia boleh menampung berat sehingga 60kg jika terpijak atau beban diletakkan di atasnya.

Rekaan butang pada keyboard pula telah direka semula untuk bertahan lama serta tidak mudah tercabut. Malah tampil dengan kalis air pada jumlah 330 mililiter sekiranya tertumpah pada bahagian papan kekunci. Cip pemprosesan menggunakan Intel Celeron dua-teras N3060 dengan 2GB RAM dan dua unit Mimo 802.11ac menjadikan sambungan Internet sangat pantas. Paparan boleh dilipat sehingga 180 darjah memudahkan para pelajar berkongsi maklumat bersama rakan-rakan.

 

Acer Chromebook Work 14 CP5-471

Untuk kegunaan pejabat pula, Acer Chromebook Work 14 CP5-471 kelihatan premium dan hadir dengan ketahanan gred tentera MIL-STD 810G, ciri-ciri tahan lasak dan kalis air sama seperti model di atas. Paparan 14 inci resolusi 1366 x 768 dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3 mampu mengurangkan kesan calar.

Kapasiti RAM sebesar 8GB DDR3L dan CPU Intel Core i5-6200U dan storan sebanyak 25GB mampu membuat pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa. Penggunaan kuasa yang efisyen menjadikan bateri mampu bertahan sehingga 12 jam lamanya. Satu port USB Type-C dan dua port jenis B memudahkan pengguna memindahkan data dengan pantas.

Semua model yang diperkenalkan ini menggunakan sistem OS Chrome yang boleh diselia penggunaannya mengikut kehendak pentakbir melalui sistem Cloud, ini boleh diakses secara online mahupun offline.

 

You might also like