
Facebook Messenger : Tampil Antaramuka Baru & Integrasi Lebih Maklumat
Facebook telah mula memperkenalkan rekaan Messenger baru kepada semua penggunanya, di mana kini halaman utama Facebook Messenger pada peranti mudah alih bukan sahaja memaparkan senarai chat terkini, tetapi juga turut menawarkan beberapa maklumat tambahan.
Dengan rekaan terkini, Facebook Messenger akan memaparkan chat terkini dan ia diikuti dengan senarai rakan-rakan yang sering berhubung dengan anda melalui Messenger. Fungsi ini membolehkan salah seorang dari anda memulakan chat baru dan kekal berhubung.
Selain itu, Messenger juga memperlihatkan senarai rakan-rakan yang ada berserta dengan tarikh lahir, sekali gus membolehkan anda menghantar ucapan hanya menggunakan Messenger sahaja. Sebelum ini mesej biasa akan dipaparkan sekali pada Facebook Messenger jika anda menginginkannya, tetapi kali ini ia telah diasingkan siap-siap untuk kemudahan anda. Pada pandangan korang, adakah rekaan baru Facebook Messenger ini menarik?
Muat Turun: