
Clash Royale
Permainan Clash Royale adalah antara yang terhangat pada ketika ini! Ianya dibina oleh para developers terkenal yang telah menghasilkan permainan Clash Of Clans. Bagi pemain yang biasa bermain Clash Of Clans, anda pasti mempunyai kelebihan pada permainan ini kerana karakter di dalam Clash Royale hampir semua diadaptasi dari permainan Clash Of Clans. Clash Royale adalah permainan serangan taktikal yang memerlukan anda menggunakan karakter-karakter untuk menyerang menara lawan.
Setiap pemain mempunyai tiga menara, pemain yang berjaya memecahkan lebih banyak menara atau menara raja sebelum masa tamat akan dikira sebagai pemenang. Bagi memastikan kejayaan anda, kumpul kad karakter dan kuasa yang hebat melalui bukaan peti yang boleh didapatkan pada selang masa tertentu atau selepas memenangi peperangan. Pada level 4 anda boleh menyertai atau mencipta clan dan berlawan sesama sendiri.
Muat Turun
- RM0
- 87MB
- Android 4.0.3 dan ke atas
- RM0
- 93.6MB
- iOS 7.0 dan ke atas