
Laman Sesawang Rasmi Nokia Melihatkan Peranti Nokia 8

Baru-baru ini anda disajikan dengan ketirisan gambar Nokia 8 dari sumber luar, kini Nokia sendiri telah memaparkan rupa sebenarnya. Apa yang boleh dikatakan, kedua-dua sumber menunjukkan reka bentuk yang sama, sekaligus tiada kejutan lain yang dibuat.

Perkongsian itu dibuat dalam laman sesawang Nokia, China semalam dengan cara tidak sengaja. Sekaligus, HMD Global juga mungkin akan merasmikan Nokia 8 dalam masa terdekat minggu ini. Peranti flagship Nokia tahun ini akan hadir dengan paparan QHD berukuran 5.3 inci dan dibekalkan dengan set cip Snapdragon 835. Kapasiti RAM diantara 4-6GB serta ruang storan 64GB mungkin akan dimuatkan bersama. Dwi kamera belakang pula menggunakan lensa 13 Megapiksel Zeiss di kedua-dua belah.

Melalui artikel yang lepas, Nokia dan Zeiss dikatakan akan bekerjasama kembali dalam teknologi lensa, lantas, ini menjadikan Nokia 8 menjadi model pertama dalam arena smartphone Android Nokia.

