Digi Home Broadband Menerima Tambahan Data – Harga Serendah RM45 Sebulan!

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengumumkan rombakan semula kuota data Internet untuk pelan Digi Home Broadband yang ditawarkannya untuk pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baharu, pada harga serendah RM45 sebulan.

Kini pelanggan pelan Broadband Monthly 45 akan menerima tambahan kuota data daripada 15GB kepada 25GB, pelanggan pelan Broadband Monthly 65 pula akan menerima kuota data sebanyak 50GB berbanding hanya 35GB sebelum ini. Sementara pelanggan pelan Broadband Monthly 105 menerima tambahan kuota data daripada 75GB kepada 100GB.

Sebagai tambahan, kesemua pelanggan pascabayar Digi yang membuat langganan pelan Digi Home Broadband juga turut menerima diskaun seumur hidup sebanyak RM5 atau RM10 untuk bayaran bil perkhidmatan tersebut.

Tambahan kuota data Internet untuk pelanggan sedia ada Digi Home Broadband ini akan mula diterima pada bil berikutnya, manakala untuk pelanggan yang baru berdaftar akan menikmati kuota data yang lebih besar ini ketika pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Digi.

You might also like