
Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai pelancaran rasmi siri Huawei Mate 20 dan MateBook di London. Kepada yang tidak tahu, pra-tempah siri Huawei Mate 20 telahpun ditutup pada 22 Oktober lepas.
Apa yang membanggakan, model ini telah habis di pra-tempah dalam masa beberapa jam sahaja tempahan dibuka di kedai atas talian Huawei, Lazada, 3ex serta senQ.
Sekiranya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi salah seorang pemilik siri Mate 20 atau MateBook terawal di negara ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menghadiri jualan pertamanya yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Oktober nanti, jam 10 pagi. Anda boleh mengunjungi tiga lokasi berbeza pada hari tersebut seperti berikut:
- Pavilion, Kuala Lumpur
- Queensbay Mall, Pulau Pinang
- AEON Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
Istimewanya, kepada 1000 pelanggan pertama di Pavilion, 300 pelanggan pertama di Queensbay Mall dan 300 pelanggan pertama di AEON Bandar Dato Onn akan menerima dron DJI Tello bernilai RM469 secara PERCUMA dengan setiap pembelian siri Huawei Mate 20.
Sementara pelanggan siri MateBook pula berpeluang menerima Huawei ANC Wired Earpiece bernilai RM295. Memandangkan hadiah ini ditawarkan dalam stok yang terhad, anda disarankan untuk datang lebih awal ke tiga lokasi tersebut pada hujung minggu ini iaitu 27 hingga 28 Oktober 2018 nanti.

Untuk maklumat lanjut berhubung hari jualan pertama siri Huawei Mate 20 serta MateBook, anda boleh layari Facebook rasmi Huawei Mobile.
Baca juga:
- Rekaan Notch Lebih Kecil, Huawei Mate 20 Hadir Dengan Tri Kamera Pada Panel Belakang
- Hadir Dengan Skrin 7.2 Inci, Huawei Mate 20X Beri Pengalaman Gaming Lebih Asyik
- Huawei Mate 20 Pro Hadir Dengan Modul Kamera Segi Empat Sama, Sokong Wireless Reverse Charging
- PERCUMA Huawei Mate 20 Dengan Pelan Celcom First Platinum Plus
- 10 Spesifikasi Padu Siri Huawei Mate 20 Yang Pasti Penuhi Keperluan Pengguna

