CES 2018 : ASUS NovaGo Diperkenalkan Dengan Sokongan LTE

ASUS baru-baru ini melancarkan sebuah komputer riba terbaru yang dinamakan NovaGo. Direka khusus untuk kegunaan mobiliti, NovaGo juga ditabalkan sebagai komputer riba pertama di dunia yang menyokong sambungan LTE. Pada badan yang nipis dan ringan ini terdapat cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835 dan modem Snapdragon X16 LTE berkelajuan tinggi mencecah 1Gbps – lebih laju berbanding broadband di pasaran.

NovaGo dikatakan mampu beroperasi sehingga 22 jam malah masa menunggu juga boleh bertahan sekitar 30 hari. Komputer riba ini dijana oleh Windows 10 S dan menawarkan sistem keselamatan, Windows Ink, Windows Hello, dan Cortana. Untuk menjadikan ia lebih produktiviti, NovaGo menyediakan Outlook dan Powerpoint di samping Photoshop dan InDesign untuk suntingan gambar atau video selain Spotify dan Netflix sebagai platfom hiburan.

ASUS RT-AX88U

Selain daripada NovaGo, ASUS turut menampilkan beberapa peranti seperti router RT-AX88U yang menyokong kelajuan muat turun sehingga 6,000Mbps dan ASUS Lyra Trio berteknologi 3×3 MIMO menawarkan isyarat yang lebih baik dan stabil. Sementara untuk Lyra Voice pula, ia sebuah speaker pembantu maya Amazon Alexa untuk mengawal rumah pintar melalui arahan suara dan fungsi router terbina-dalam.

ASUS Lyra Voice
ASUS Lyra Trio
You might also like