
Sempena sambutan Shopee ulang tahun kedua, promosi hebat yang bermula 1 sehingga 14 Disember yang lalu telah mencatat lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jam pada 12 Disember, lonjakan 5 kali ganda berbanding prestasi tahun lepas.
Jualan Murah 12.12, jualan kilat Shocking Sale dan Kemuncak Berganda Shopee Mall yang diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun Shopee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan.
Selamat Ulang Tahun Ke-2 Shopee – Raikan Pengguna Dengan Pelbagai Promosi Hebat
Kami teruja dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka termasuk PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR. DIY yang menyumbang pada kejayaan kempen ulang tahun kali ini. Jenama tersebut merupakan antara yang telah memilih Shopee sebagai rakan eDagang pertama mereka dan kebanyakannya telah mencatatkan peningkatan tinggi dalam jualan dengan lonjakan sehingga 100 kali ganda berbanding hari biasa. Kami berharap dapat meneruskan usahasama seperti ini pada kempen dan promosi akan datang.
kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
12 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia
- Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas.
- Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, kami berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas.
- Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons.
- Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam.
- Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000.
- Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa.
- Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenama kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit.
- Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual.
- Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee.
- Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20.
- Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km – dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor.
- Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit.
Muat Turun Aplikasi Shopee

