Selamat Ulang Tahun Ke-2 Shopee – Raikan Pengguna Dengan Pelbagai Promosi Hebat

1898

Shopee, sebuah platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan baru sahaja meraikan ulang tahun ke-2 dengan pelbagai promosi hebat lebih dari 6 juta produk.

Shopee Malaysia akan menganjurkan jualan murah sempena sambutan tersebut bermula 1 sehingga 14 Disember 2017 dengan harga barangan serendah RM12 yang berlangsung sebanyak 5 kali sehari. manakala Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12 serta Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 boleh dimenangi.

Terdapat juga hadiah percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX. Pengguna hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM100 sepanjang bulan Disember untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini.

Pertandingan Media Sosial

Bagi merancakkan lagi ulang tahun ini, Shopee akan melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November sehingga 12 Disember 2017. Pengguna berpeluang memenangi hadiah utama sebuah iPad mini 4 bernilai RM1,899 dan 500,000 Shopee Coin dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di Facebook.

Selain itu, Shopee turut menawarkan hadiah mingguan wang tunai bernilai RM500 untuk pemenang pertandingan Snap & Win bermula 21 November hingga 22 Disember 2017. Pengguna boleh mengambil dan berkongsi gambar dari pembelian yang dilakukan menerusi Shopee di Instagram dan seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, layari Shopee Malaysia.