
Permintaan pasaran smartphone yang tinggi di negara ini telah berjaya menarik minat pengeluar smartphone dari Perancis iaitu Wiko Mobile untuk memperkenalkan jenama tersebut untuk pasaran tempatan. Dengan menggunakan prinsip keseimbangan di antara teknologi, reka bentuk, kualiti dan juga harga, Wiko Mobile telah melancarkan tiga model terbaru keluarannya iaitu FEVER, HIGHWAY PURE dan juga LENNY2. Ketiga-tiga model yang diinsipirasikan dengan “sentuhan Perancis” ini telah direka untuk menawarkan pengguna akses terhadap teknologi dan keseronokan di dalam satu peranti.
Bagi pembaca yang berminat untuk memiliki smartphone keluaran Wiko Mobile ini, ia boleh didapati melalui pengedar yang sah pada harga RM799 untuk model Wiko FEVER, RM999 untuk model HIGHWAY PURE dan hanya RM299 untuk model LENNY2. Lebih menariknya, ketiga-tiga model ini turut disediakan sekali dengan pelindung skrin dan juga casing secara percuma dalam pakej pembeliannya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci sila layari laman sesawang https://my-en.wikomobile.com/ atau ikuti Facebook rasmi Wiko Mobile Malaysia di https://www.facebook.com/wikomy.
Wiko FEVER![]() |
Wiko HIGHWAY PURE
|
Wiko LENNY2 |
|
|
|
|
|
|
Aksesori original Wiko turut diumumkan seperti berikut :
Wiko FEVER :
• Fever Slim Case Jetlines (Black) – RM 59.00
• Fever Folio Back Cover Jetlines (Black) – RM 79.00
Wiko HIGHWAY PURE :
• Highway Folio Back Cover W Vision (Black/White) – RM 79.00
Wiko LENNY2 :
• Lenny2 Folio Diamond (Bleen/Coral/Bluet/Black/White) – RM 59.00
• Lenny2 Optional Battery Cover (Bleen/Coral/Blue) – RM 39.00




