Apple iPhone SE 2 Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan?!

Selepas hampir empat tahun Apple memperkenalkan rekaan terbaru bermula dengan Apple iPhone 6, nampaknya masih ramai lagi peminat iPhone yang berminat dengan rekaan lama iPhone yang mana nampak lebih classy dan ikonik.

Berdasarkan ura-ura terbaru daripada AppleInsider, Apple iPhone SE versi terbaru yang sebelum ini hangat diperkatakan bakal hadir dengan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya dalam masa terdekat ini.

Rekaan Konsep iPhone SE 2

Masih mengekalkan teknologi TouchID, tetapi model terbaru ini dikatakan tidak lagi menyokong audio jack. Malah ia juga turut dikuasakan oleh pemproses A10 Fusion bagi menggantikan cip A9 yang digunakan pada iPhone SE.

Bagi yang berminat dengan iPhone SE 2, model ini dikhabarkan akan diperkenalkan kepada umum pada awal bulan Mei 2018. Jika berminat, sama-sama nantikan!

You might also like