
Adakah anda sedang mencari smartwatch untuk musim perayaan tahun baru cina yang bakal menjelang tidak lama lagi? Kini anda boleh mendapatkan Moto 360 2nd Gen dari stor atas talian Lazada. Terdapat beberapa variasi yang anda boleh pilih dari Lazada, namun buat masa ini model versi sports tidak ditawarkan.
Moto 360 2nd Gen hadir dengan dua model iaitu 42mm dan 46mm. Model 42mm lebih sesuai digunakan oleh wanita kerana saiznya yang lebih kecil dan model tersebut mempunyai paparan skrin 1.37 inci dengan resolusi 360×325. Manakala model 46mm yang lebih maskulin mempunyai paparan skrin 1.56 inci dengan resolusi 360×330. Kedua-dua model hadir dengan keupayaan kiraan denyutan jantung dan sambungan WiFi.
Untuk melihat harga atau mendapatkan Moto 360 2nd Gen, anda bolehlah melayari laman web https://www.lazada.com.my atau melakukan carian melalui aplikasi mobil.

