
Uber Berwajah Baru
Penjenamaan semula dan naik taraf logo adalah satu perkara biasa bagi sesebuah syarikat, pada kebiasaannya ia dilakukan setelah syarikat menggunkan logo sedia ada lebih 10 tahun atau mencapai kejayaan yang simbolik. Sebagai contoh logo Google yang semakin minimal berbanding versi sebelumnya, ia dilakukan untuk menunjukkan simbolik kematangan syarikat.
Baru-baru ini Uber telah memperkenalkan logo baru mereka yang sebelum ini menggunakan imej “U” namun kini menggunakan grafik seakan-akan bentuk “e” terbalik. Menurut Travis Kalanick (CEO Uber) pembaharuan logo dilakukan bagi melambangkan penambahan servis Uber yang kini tidak lagi tertumpu pada perkongsian kenderaan. Kini Uber juga menawarkan perkhidmatan penghantaran barang.

