
Motorola DashCam Baharu Didatangkan Dengan Skrin Sentuh 4” HD penuh

Kini boleh dikatakan setiap pemandu di Malaysia sudah memasang kamera rakaman pemanduan di setiap kenderaan masing-masing. Tujuan ia sama sekali adalah untuk merakam pergerakan kenderaan di sekeliling termasuk kelakuan pemandu itu sendiri. Merujuk kepada permintaan yang tinggi daripada pengguna di serata dunia, Motorola juga ingin mengambil bahagian dengan memperkenalkan produk mereka.

Kamera rakaman Motorola ini hadir dengan paparan sentuh 4 inci dan slot tambahan untuk kad memori microSD. Bagaimanapun kesemuanya tidak begitu penting sekali, paling utama ialah kualiti rakaman yang diambil. Oleh itu, Motorola DashCam ini menyediakan lensa sudut pandangan lebar yang menyokong resolusi sehingga kualiti HD penuh.


Motorola juga dikatakan telah memberi akses penuh kepada Binatone Global dalam menjalankan proses pembangunan, rekaan, teknologi termasuklah dari segi pemasaran dalam segmen aksesori Motorola ini. Namun, kamera ini hanya akan dijual di negara Eropah dan AS pada masa terdekat dengan tanda harga sebanyak USD99 (kira-kira RM423) sebuah.

