Pra-Tempah Samsung Galaxy S9 / S9+ Dan Dapatkan Hadiah Bernilai RM487

Pelancaran Samsung Galaxy S9 / S9+ di Malaysia akan dilaksanakan minggu hadapan. Sebelum ia mula dijual di pasaran tempatan, seperti biasa para pengeluar termasuk gedung atas talian akan membuat sedikit promosi. Kali ini 11street membuka sesi pra-tempah.

Bermula 9 Mac sehingga 15 Mac 2018, anda boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S9 / S9+ dengan warna pilihan Midnight Black, Coral Blue, dan Lilac Purple pada harga bermula RM3,299. Setiap pra-tempahan, pelanggan akan menerima pakej hadiah bernilai RM487 berupa :

  • 1x bonus kupon untuk aksesori Samsung Galaxy S9 / S9+ bernilai RM199
  • 1x Samsung 10,000mAh Slim Battery Pack bernilai RM189
  • 1x MN930 Multicable dengan Adaptor bernilai RM99

Pulangan wang (cashback) untuk pembelian Samsung Galaxy S9 / S9+ adalah 3% untuk pelanggan baru, sementara 1% untuk pelanggan sedia ada.

Jika anda sebahagian peminat yang ternanti-nanti peranti idaman ini, sila tandakan kalendar anda bagi tidak melepaskan peluang.

You might also like