ezyCourier Malaysia telah dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Pegawai Komunikasi SKMM iaitu Dato’ Ali Hanafiah Mohd Yunus dan disaksikan oleh Pengarah ezyCourier Malaysia, Encik John Gun bertempat di Mid Valley. ezyCourier Malaysia adalah sebuah syarikat penghantaran ekspress terbaru yang telah mendapat lesen daripada SKMM dan bakal menyertai 100 syarikat penghantaran ekspress di Malaysia.

Selaras dengan gaya hidup segalanya hanya di hujung jari, ezyCourier Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui aplikasi mudah alih sahaja. Menariknya ezyCourier Malaysia, ia telah memperkenalkan penghantaran ‘pintu ke pintu’ dengan harga yang berpatutan. Pada masa yang sama, ezyCourier turut menjemput orang ramai untuk mendaftar sebagai ejen ezyCourier. Pendaftaran dibuka kepada individu yang mahu mencari pendapatan separuh masa atau sepenuh masa dan boleh membuat hantaran menggunakan kereta, motosikal, basikal mahupun berjalan kaki. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.ezycourier.org atau Facebook ezyCourier Malaysia.

